May 30, 2023

Cyber threat alert, scammers on the rise.


Phone call scams, SMS scams, email scams, etcetera. All this sounds familiar. These kinds of scams probably are as old as commercial telecommunications technology itself. Surprisingly or maybe not so surprisingly, phone call scams are still at large. The modus operandi is usually the same or at least the resemblance is there. Incidentally, this resemblance also exists in, say, fishing, thus the term Phishing.

As you know, fishing is the act of laying out bait in the water to catch fish. Depending on the type of fish you want to catch, you will have to change your bait and the method of laying out the bait. Phishing is, just like fishing, the act of laying out bait to catch your target. Except, the target is mostly people with money. 

The Phishing bait is usually a scenario to instil a false sense of insecurity in the victim by pretending to be some high-rank official from the bank or high-profile company informing about tax arrears and such. Ironically, some scammer even disguises themself as police officers to further frighten the victim and tell them to immediately take action.

They will try to confuse the victim by leading the call to multiple numbers or personnel making the situation look grave. Then along the way, they will ask the victims to either makes some payment or worse they ask for online banking information including the TAC for a transaction.

In actuality, whatever the problem is, no official will ask for your banking information or ask you to make transactions to some random account. They will instead ask you to refer to their nearby branch for a formal procedure.

To avoid being scammed, you have to first calm down and do not panic. Whatever the person at the other side of the call said, tell them you will take care of it some other time or that you have to check the validity of what they told you first. After that just cut the call and confirm the situation through the proper channels by contacting the official customer service or just directly deal with a branch office while ignoring their call.

That said, Malaysia is among the top 20 countries affected by spam calls and sms. Of this year alone, up until May 2021, 1,290 fraud cases have been reported to MCMC. While in PDRM records, there were 1,392 reported cases up until March 2021 with losses amounting to RM38,198,730.

We should all be more aware of the danger posed by such cyber threat and more careful about who we put our trust in. Especially so when it involves our important asset. Please look forward to our live stream where we will touch on the topics of cybersecurity.


Panggilan scam, SMS scam, e-mel scam, dan seumpamanya antara kes yang biasa didengari. Penipuan semacam ini mungkin sudah seumur dengan teknologi telekomunikasi komersial itu sendiri. Agak mengejutkan atau mungkin tidak begitu mengejutkan, panggilan scam masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Kesemua kes-kes scam ini menggunakan modus operandi yang hampir sama. Secara kebetulan, persamaan ini juga wujud dalam aktiviti memancing (fishing), dan dari situlah datangnya istilah Phishing.

Seperti yang anda ketahui, memancing adalah tindakan meletakkan umpan di dalam air untuk menangkap ikan. Bergantung pada jenis ikan yang ingin ditangkap, anda harus mengubah jenis umpan dan kaedah meletakkan umpan. Phishing, seperti memancing, adalah tindakan meletakkan umpan untuk menangkap sasaran. Tetapi, sasaran yang dimaksudkan di sini bukanlah ikan, tetapi orang yang berduit.

Umpan Phishing yang sering-kali digunapakai adalah suatu senario untuk menanamkan rasa tidak selamat atau rasa takut pada mangsa dengan penyamaran sebagai pegawai tinggi dari bank atau syarikat berprofil tinggi yang memaklumkan mengenai tunggakan cukai atau kad kredit, atau masalah berkaitan perbankan atau seumpamanya. Ironinya, sesetengah scammer malahan menyamar sebagai pegawai polis untuk membuat senario penipuan ini lebih menyakinkan dan menyuruh mangsa segera bertindak.

Mereka akan cuba mengelirukan mangsa dengan membuat panggilan ke beberapa nombor telefon atau personel untuk membuatkan mangsa semakin terdesak. Kemudian, mereka akan meminta mangsa untuk membuat pembayaran atau lebih teruk mereka meminta maklumat perbankan dalam talian termasuk TAC untuk suatu transaksi.

Sebenarnya, tidak kira apa pun masalahnya, tidak akan ada mana-mana pegawai yang akan meminta maklumat perbankan anda atau meminta anda melakukan transaksi ke mana-mana akaun rawak. Mereka sebaliknya akan meminta anda merujuk ke cawangan mereka yang berdekatan untuk urusan rasmi mengikut standard operating procedure yang telah ditetapkan.

Untuk mengelakkan penipuan scam, anda perlu bertenang dan jangan panik. Apa pun yang dikatakan oleh orang di seberang panggilan itu, hanya maklumkan anda akan uruskan kemudian atau anda perlu memeriksa kesahihan apa yang mereka katakan terlebih dahulu. Selepas itu, putuskan panggilan dengan serta-merta dan sahkan keadaan melalui saluran yang betul dengan menghubungi talian perkhidmatan pelanggan yang rasmi atau berurusan terus dengan mana-mana pejabat cawangan sambil mengabaikan panggilan mereka.

Bagaimanapun, hari ini Malaysia adalah antara 20 negara teratas yang terkesan dengan panggilan spam dan sms. Tahun ini sahaja, hingga Mei 2021, 1,290 kes penipuan telah dilaporkan kepada SKMM. Sementara dalam rekod PDRM, terdapat 1,392 kes yang dilaporkan sehingga Mac 2021 dengan kerugian berjumlah RM38,198,730.

Kita semua harus lebih sedar akan bahaya yang ditimbulkan oleh ancaman siber tersebut dan lebih berhati-hati dengan siapa yang kita percaya. Terutama sekali apabila ianya melibatkan aset-aset penting kita. Nantikan live stream kami di mana kami akan menyentuh dengan lebih mendalam berkenaan topik keselamatan siber.

2 thoughts on “Cyber threat alert, scammers on the rise.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *